Sunday, 15 April 2012

SELAMAT DATANG KE A.T.A.P

ART TO AMAZE PEOPLE adalah laman blog yang penuh dengan informasi berkaitan dengan mata pelajaran Pedidikan Seni Visual (KBSR) ataupun Dunia Seni Visual (KSSR). Tujuan blog ini dihasilkan adalah untuk membuka mata semua pihak bahawa mata pelajaran Seni Visual adalah sesuatu yang sangat menarik dan boleh membuatkan ramai orang untuk mengkaguminya.

Tuesday, 20 March 2012

Huraian Sukatan Dunia Seni Visual KSSR

Tahun 1
Tahun 2

Huraian Sukatan Pendidikan Seni Visual KBSR

Tahun 1
Tahun 2
Tahun 3
Tahun 4
Tahun 5
Tahun 6

Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR

Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR

Mengenal Kraf Tradisional

Kraf tradisional boleh didefinisikan sebagai perusahaan (kerja seni) yang melibatkan kemahiran kerja tangan yang memerlukan daya cipta oleh masyarakat yang diwarisi turun-temurun. Di sekolah rendah, murid diperkenalkan dengan kraf tradisional seperti:

Alat domestik
Alat permainan
Alat pertahanan diri
Perhiasan diri (ornamen)
Batik
Tekat
Ukiran
Tenunan
Anyaman
Tembikar

Membentuk Dan Membuat Rekaan

Bidang kegiatan ini menegaskan perkembangan persepsi murid terhadap aspek seni dari segi bentuk, ruang, struktur, imbangan dan kestabilan. Berpandukan aspek tersebut murid dapat memahami dengan lebih jelas bila mereka membentuk dan membina sesuatu model. Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan juga mendedahkan murid dengan penggunaan pelbagai bahan, alat dan teknik penghasilan. Ini memberi peluang kepada murid berinteraksi secara kreatif dengan alat dan bahan,
semasa menjalankan proses penghasilan seni.

Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan tiga dimensi merangkumi aktiviti seperti:

Arca timbul
Asemblaj
Mobail
Stabail
Model
Diorama
Boneka
Topeng
Origami

Membuat Corak Dan Rekaan

Bidang ini memberi peluang kepada murid memahami pelbagai cara untuk menghasilkan corak dan mengaplikasikannya menjadi suatu rekaan yang lain.
Corak dan rekaan tersebut  juga boleh dipadankan kepada mana-mana hasil daripada kegiatan lain seperti binaan,kraf dan sebagainya.
Corak juga terjadi daripada pelbagai teknik dan cara.


Menggambar

Satu bidang yang menegaskan perkembangan persepsi dan kemahiran seseorang murid.

Melihat kemampuan murid terhadap aspek melukis serta kegiatan mereka dalam membuat gambar dengan menggunakan pelbagai media dan teknik dan menekankan aspek ruang, struktur, imbangan dan komposisi dalam sesuatu hasil karya.

13 kegiatan menggambar:
Lukisan
Catan
Kolaj
Montaj
Cetakan
Gosokan
Resis
Percikan
Mozek
Poster
Capan
Gurisan
Stensilan


Meliputi penerokaan kesan seni serta mengenali pelbagai alat bahan dan kegunaannya.

Membolehkan murid mengenali dengan lebih dekat lagi pelbagai kemahiran asas dan teknik dalam proses rekaan.

Dapat memperkembangkan persepsi visual murid dan kesedaran terhadap asas seni reka seperti warna, garisan, susunan dan kesannya.